Jiwang Lagi ^-^
Labels: Chenta, love, suka sukiSaya Tak Nak Jatuh Cinta, tapi Saya Lemah
Labels: Chenta, love, suka suki!!!!JATUH HATI!!!!
BOYS OVER FLOWERS
(org len dh usha u r beautiful , ak bru je nk tgk ni)
sepanjang gap 1 minggu, duk mengadap citer ni , bangun pagi2 loading bnyk, then malam2 tido sampai 3.30pagi tgk citer ni ..angkara nak habiskan 25 episod..maraton habis habisan ,..mcm masuk larian pecut 400m plak..seme emosi ada...tiba2 gelak, nangis, sedih, geram, benci, meluat, cukup lengkap segala bntuk emosi, seolah2 aku lah insan dalam citer ni..
pagi tadi bangun, tibe2 mimpi hero tu datang kejut solat subuh..hahaha..bangun2 tersenyum sendiri ..kan bagus ia jadi realiti ^^
hensem r laki2 dalam citer ni, i nak sorang bley????
p/s: skrg ni bru nak kalut baca family law, padan muka u, sape suh duk gelak2 nangis2 tgk citer ni..nasib badan kalau dah jatuh cinta
jangan bt saya jatuh cinta , k
saya ni lemah
saya mengarut lagi ^_^
4 comments Posted by n @ s at 08:54Petua Imam Syafie~segalanya tentang 4 perkara~
Labels: halwa hati, ~APreSiASi DiRi~1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
- TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
- TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
- TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - iring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
- TIDUR SYAITAN - Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka
Meet Me Halfway
Labels: Chenta, life, my life, suka sukirasa cm nak cari bercinta lak bila dengar lagu ini
sumpah, kalau ada laki cakap :
i want you so badly, it's my biggest wish
i spend my time juz thinkin' thinkin' thinkin about you
every single day, yes i'm really missing missing missing you
hati aku cair..hahahahaha..
p/s: jangan dilayan org yg ske mengarut, merepek, jiwang ntah pe2 psal saya..sbb itu adalah saya yang sebenar
mana bley thinkin' thinkin' thinkin about me everyday..
kena ingat Allah, Mati, Mak Ayah dsb...
just lyan lagu di atas
just dream to have a guy like dat
lagi sekali saya mengarut ^^
8 comments Posted by n @ s at 06:52
Selagi Ada Rindu
Labels: halwa hati, Isu, ~APreSiASi DiRi~kenapa tajuk selagi ada rindu?sebabnya tajuk lagu diatas ialah selagi ada rindu..lagu jiwang..ttp niat dihati bukan untuk berjiwang ..cuma ingin meluahkan rasa terbuku di hati
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
lagu ini, dihasilkan oleh Pak Long (btulkan if salah), atas inspirasi kejadian bunuh diri yang berlaku di Terengganu.Feel terkilan ada jugak sbb it's happen in my state. kenapa lelaki dalam lagu ini bunuh diri?mengikut laporan polis, akibat frust bercinta dengan seorang budak yg berumur 19 tahun
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
saya selalu terfikir? perlu ke sampai tahap membunuh diri kalau kita mempunyai masalah dan dugaan plus rintangan plus plus cabaran???
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
walau apapun yang berlaku, ingatlah tiap -tiap ujian yang diberikan kepada hambaNya adalah bertujuan untuk menguji kesabaran hamba Nya. Dia menguji hati kita supaya kita bertambah dekat dengan Nya. Dia menguji kita supaya kita senantiasa dekat dengan Nya walau apa pun yang berlaku. Dia menguji kita sebab Dia nak ingatkan kita dunia ini hanya pentas lakonan semata-mata.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tidak diuji hati seorang hamba itu, melainkan Dia tahu hamba itu
mampu menempuhnya(2:286)bila kita diuji..ingatlah nasib rakyat palestin yang menderita
berpuluh tahunbila kita diuji, ingatlah nasib anak -anak kecik yang merengek
kebuluran di afrikabila kita diuji, ingatlah saudara2 kita di selatan thailand yg
ditentang di bumi sendiribila kita diuji, ingatlah mereka yang berada di Padang, hilang
segalanya dalam sekelip matabila kita diuji, ingatlah bahawa ujian yang kita tempuhi ,
hanyalah secebis kuman berbanding mereka yang lain.
p/s: bila kita diuji, mohon lah pada NYA, supaya diberikan kekuatan menempuhnya, bukan diminta mengurangkan dugaan itu~
di sebalik ini semua ada hikmah yang tersirat;)
0 comments Posted by n @ s at 05:55
Andai Dia Pergi Sebelummu
Labels: Bukan Sekadar Cerita, halwa hati, ~APreSiASi DiRi~Andai dia pergi dulu sebelummu, tanyakan pada dirimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak – anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak – anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita – cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini jadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak – anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala... yang mengalir selamanya.
Andai dia pergi dulu sebelummu, walaupun dia tidak akan kembali, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah apabila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Illahi- tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelummu, sibuklah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduklah dan bacalah al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW apabila terasa gundah... diadukan kesedihan kepada Allah
Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku bukan miliknya. Pemilik segala ialah al-Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala – galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakan aku sepi... tapi katakan padaku sentiasa ada pemerhati.


